Bercanda keliling pinggang @ Saturday, April 14, 2012
Chaaakk chaaakkk chaaakkk ! 

Assalamualaikum.

Update entry paling tercepat dengan kepantasan 45PSM bersama 60 accurancy (ahahah kena tipu). Boo !


Terlapar. Terjalan. dan Termakan di Pepper Lunch ! Beef black pepper cost RM13.90 (promotion).
Food Republic Pavilion. Turun escalator pandang sebelah kiri. 


Makan panas-panas. Makan dalam ekon. Masak depan mata. Kenyang !
Patut cuba ! MESTI !

Ketika dimasak ! Letak black pepper powder. Sweet sauce. Kicap masin sikit.
Delicious !


Fiq cakap makanan macam nie punye senang pun boleh niaga. Nasi. Daging. Jagung. Daun bawang. Kuali. Eh ?

Selamat Mencuba !



Last but not least from Us. 

Aku tak senyum. Aku gelak sebab humor paling bangang dia buat !

Saat aku di'nganjing-kan' oleh dia. Menyampah !

Oke last photo tahan napas sikit ehh .






























































Ayuh cepatan dong !



































Bangga sangat aku dengan gambar very the sweet nie. Mati laa aku lepas nie kena nganjing lagi.
Mati leerr !






















Sharing Is Caring ! BUT not HIM okeh ! Lain barang boleh sharing.

Hantaran Kahwin @ Wednesday, April 11, 2012
Assalamualaikum.

Lama tak update kisah ntahpape aku dekat blog nie. Rase macam kejang kejung jari jemari ai noxx.
Dok sibuk layan blog BEST BAGI DIRIKU..KORANG AKU TAKTAU LAPASTU SINI PULAKSINI LAGIDAN LAGI da ehh banyak lagi laa blog yang aku suka sangat nak baca. Blog paling wajib haruslah blog wajib layan. Tak sehari pong miss. WAJIB ! read my lips again, COMPULSORY ! Takdo pun harap owner blog nak bagi giveaway ke ape.. lagipun bukan aku sorang je yang suka singgah, ramai kot kan.

K laa sempena kecutian pada hari ini so aku rase memang ramai orang awam memusu-musu ke area KL. Rasenye memang jam teruk tadi kan. Aku kan suka tempat crowded. lagi crowded lagi redah. Happening kot. So hari nie aku telah mempergikan diri aku dengan SIL ke Jalan TAR yoo ! gapo dio ke sano ? sajo jale-jale. Dak ahh ! Pegi usha barang hantaran sebenarnye dekat SSF. Kekonon plan nak mintak staf sana buat fully set for both side hantaran guna fresh flower. Boleh tu boleh tapi double charge la katanye. Memang mahal ! Belum masuk hartabenda lain lagi. So pikirpikir balik g usha line dekat dalam Semua House. Alhamdulillah ade jugak kedai yg boleh terima hantaran using fresh flower. Kami rikerike laa mana kedai yang oke macam Sin Yin & Sayang You quite oke their rates. Then SIL cakap kalau hantaran nak guna polisterin berbalut kain cecantik tu kite tempah je. Then nanti kite gubah sendiri segala jenis benda alah tu. Jimat lagi kan. Meh la aku tunjuk polisterin balut kain cecantik tu. Nie hah ropenye..



oke contohnye macam nie laa. actually tu polisterin then balut la ikut sukahatikorang.


Then SIL cakap tempah alas tu je. Segala jenis gubahan kite oter ikut sukahatilakimaktiri kite. Aku on je. Janji siap + cun melecun sudah. Barangbarang hantaran dah ade yg dibeli dan belum dibeli. So kami dah decide nak bagi hantaran 7 berbalas 9. Makanye, 16 dulang semuanya dan disiapkan oleh pihak kami. AHAHAHA. Janji belah laki hulur duit sudah ! lainlain hal balai citer jugak. YAHOOO !





Contoh hantaran yang dibuat oleh Arma Couture. Superb r hasil keje dia kan ? Nak tempah satu dulang je ada buleh ka adik manis ? ^^




Ehh sebelum tu tema dipilih.... jeng jeng jeng !















































Macam gempak nak surprise bagai ! 































English Classic color PURPLE HITAM.... TETAPI masih mengekalkan adat dan budaya orang KITO. I'm proud to be Muslim + Malay !
Pelamin takdo do macam nie sebab buat dalam rumah. Tak mampu do konkrit rumah nak tampung berjelo-jelo panel. Amik yang simple sudah !



Hambik kau bosar bungo ehh ! Sweet.


Simple and maybe boleh touch up utk nampak lagi vogue da vass ! AHAKS !



Perjalanan diteruskan ke butik pegantin. Ade yg regenya mahal and alhamdulillah ade yg sangat debak bak kata lee dong wook. RM1800 boleh dapat baju baru ikut cutting and selera anak tekak kite nak design ape termasuk pakaian lelaki. Murah ke ? Oke kot eh . Then dah setel part tu, move to doorgift for guests. This part tunggu masa je nak pilih and tempat dah tahu dekat mana yg cantik + reasonable. Pelamin macam mane pulak ? Katering ? dan lain-lain ?


baju nie sangat cantik and sweet. agakagak aku pakai sure letop2 tak? 

pannnnnnnnnnnnggggggg satu kali !


 
 Simple yet stylish !



Actually ade 2 butik yang kami pegi and masing2 tak dapat bagi quotation rege lagi. Maybe kena pegi lagi and discuss macam mane. Katering maybe pakai pakej yang butik tu sediakan. Lain-lain? 

Lain kali lah aku cite ek. Mamai pulak taktau mende nak cite. 

Then dah lapau mengangau memasing nak pegi mentekedarah. Masuk sogo turun esc terus nampak The Manhattan Fish Market. Wah sedap jugak tibai seafood dekat sini. Set ? Oke jalan !

So kami order ini.


SIL cakap yg kuning tu Sunquick. Memang rase ala-ala tu jugak ler.

Aku minum mirinda strawberry je. Tak dan dah nak tunggu. Lapau benau rasenyeeeww. 

Our meals :


Fish & Chip SIL


Mine. Chicken grilled olio tapi i demand serve dengan garlic herb sauce skali. This one I tell u superb. Dip chicken grilled dengan garlic herb sauce tu. Tengah lapor jangan ler jemput orang lain sekaki. Tak cukup ! Serius bukan omongan zero aja.

So total for two around RM75 plus fish and chip tapau lagi u all. So reramai le pegi The Manhattan Fish Market lepas nie.

Dah blurp2 angkat kaki balik rumah layan internet UNIFI yang super duper laju tak terhingga nie ! I love UNIFI ! Bukan alasan tapi memang realiti aku bangsa pemalas nak transfer segala jenis lagu, picture etc ke dalam satu medium ke satu medium teknologi yang lain. Makanye takde gambar KAMI. 

Sekian arigatogozaimas!

Thanks for those who reading my 'ntahpape''s blog. Do come visit again. Sharing Is Caring ! AHAKS !
Jangan Pandang-Pandang @ Sunday, April 1, 2012
Assalamualaikum WBT.

Awat semangat update blog pepagi ni? Hey, engat Dalila sesaje nak bangun pagi buta lagu ni semata-mata nak hapdate blog? Memang tak der. Tapi sebab dah kebetulan ade keje sikit tu yang cecuri mase m'hapdate.
Okeh straight forward laa kan, actually semalam ai baru lepas tengok wayang Jangan Pandang-Pandang. Ala yang Zizan RJ dengan Sara Ali tu. Hah meh sini nak review sikit pasai movie tu.

Erm first impression tu memang penting kan? So my expectation pun quite high jugak laa. Sambil kunyah beef hotdog bersos mustard berserbukkan black pepper bersulam grape yang tak berapa nak manis lalu pengembaraan pun bermula. Secara amnya laa kan, dari 5 ai boleh kasi dalam 3.5. Sebabnye? Sebab movie ni takde yang kebabom sangat laa. Oke-oke laa. Light-light gitu. Takde laa korang payah nak pikir ape motif watak ni atau jalan cerita yang tunggang-langgang ke kan. Ai ni kan salah sorang peminat Zizan. Minat je tak fanatik pong. Ahaha. *ni makan dia. So suka laa tengok watak dia sebagai seorang leader kononnya. So far, mutu lakonan setiap pelakon2 dalam movie ni boleh diperbaiki lagi laa. Itu je! Hingga ketemu lagi di lain entry.. *kalau rajin hapdate! 

Nah ai tepek gambor before enjoy the show. ^^ Sila keluarkan kahak kuning likat sekarang.








Sharing Is Caring

Suami Yang Ku Benci @ Sunday, March 25, 2012
Assalamualaikum readers..

Ape kabar semua? Harap korang sehat2 je. Entry kali ni dikarang sebab Dalila suka nak share sesuatu terutama tentang minat Dalila. Actually Dalila baru je habis baca satu novel bertajuk SUAMI YANG KU BENCI. Ahaha tajuk je dah buat korang wonder kan. Apatah lagi saya ketika mula2 melihat cover page novel ni. Rase macam best ke tak novel n. Takut baca macam tak best. Tapi perasaan nak tahu tu kuat sangat then cabar jugak diri baca novel ni. And memang tak nyesal langsung baca novel ni sebab plot cerita memang TIPTOP! Memang mana2 novel cinta ni akan libatkan watak kaya raya dgn org yg sederhana or miskin ek? Tak leh ke libatkan golongan sederhaha sbg pemegang watak?

Sinopsis sikit la pasal novel ni. Mengisahkan Hannah Maryam yang telah bertunang dgn Tengku Muiz di UK ketika belajar kemudian balik ke M'sia utk announce to both family yg dorang nak kawin BUT a week majlis HM dapat tahu TM kena tangkap basah. Dia cancelled semua TAPI atok dia larang. Atok dia cakap majlis kena teruskan tapi bertukar pengantin lelaki. Kira macam bidan terjun laa. Pengantin lelaki ni memang pilihan atok HM, Tan Sri Idris. HM memang objected gila wedding tu. Atok dia cakap kalau HM ingkar jawatan CEO dia tak dapat. So nak tak nak HM setuju kawin dgn Uwais Ukasyah si penjual burger. Sepanjang perkahwinan dorang, takde sikit pun rase suka antara satu sama lain and asik gaduh je. HM selalu kutuk UU sebab tak setaraf dgn dia tapi UU memang lelaki yg baik sampai satu masa dorang suka jugak antara satu sama lain. Then, dorang bercinta lepas kawin laa sampai dapat baby and happy ending.

Nak tahu lebih lanjut, korang yg minat novel kena beli and baca taw. Confirm takkan nyesal. Happy Reading!

Insyallah akan lebih banyak novel yang Dalila akan kongsi dgn korang semua. Sharing Is Caring!

Labels:

PROMOTE PAKEJ @
Assalamualaikum.

Hi Semua ! Entry kali ni dikarang sebab Dalila nak promote pakej2 yang HOT SELLING dekat korang semua. Maybe ade yang taktau bahawasanya saya seorang travel agent yang digajikan oleh Al-Nameera Tour Management. So dikesempatan ini saya selaku pekerja, teramat mengalu-alukan kedatangan tuan puan cik adik cik abang dato' datin semua ke sini. Macam2 pakej yang kami sediakan. Kalau takde pakej yang korang nak, boleh contact kami dan kami amat berbesar hati untuk attend enquiy korang tu. Harapnya korang sudi menjengah blog kami di SINI. Semoga berjumpa lagi!

Labels:

AL- FATIHAH @ Thursday, March 15, 2012
Assalamualaikum. 
At last dapat jugak update blog yang tak seberapa ni. Bizi memanjang. *ayat cliche (klise)

Semalam dapat berita dari adek pasal Amar (jiran sebelah rumah) meninggal dunia akibat eksiden jalan raya. Terkejut yang amat sebab tak sangka. Arwah eksiden time ontheway nak balik rumah lepas pegi makan dengan member2 dia. Dia berada di arah / laluan yang betul. Alihalih ade satu kereta keluar simpang (mungkin laju) rempuh dia and terpelanting lalu terhentak kat tiang letrik. Dan kereta tu lari. Nasib baik member arwah cekap. Dia amik no.plate kereta tu. Kejadian berlaku malam tadi depan Pasar Gombak.  Nauzubillahh. Sakitnya Ya Tuhan. Habis dekat situ jugak. Subhanallah.

Serba sikit pasal Amar (arwah), baru berumur 19 tahun. Memang sorang budak lelaki yang sangat polite. Very down to earth. Kenal tak kenal semua orang dia nampak dia akan senyum. Sweet sangat bila dia senyum. Kalau tengok muka dia memang tenang cool habis. Tapi da ajal sesape pun tak boleh halang kan.

Adek2 dengan kawan2 semua ziarah arwah dekat HKL malam tu jugak. Post mortem sampai pukul 3 lebih (pagi). Jenazah sampai ke surau flat dalam pukul 4 pagi. Ramai member2 turun nak tengok arwah. Sebelum pegi keje sempat laa jenguk arwah sekejap dengan ibu. Time tu belum dimandikan lagi. Tengok muka arwah macam orang tido. Senyum je. Muka bersih takde luka tapi yang teruk internal arwah. Patah tengkuk and bahu kanan. Mungkin sebab hentakan yang kuat pada tiang letrik tu. Sayu hati tengok arwah dan family. *Tahan airmata. Ibu dah memang menangis since dia dengar berita tu lagi.

Siapa tak terkejut tengok budak muda meninggal sebab kena langgar. Langgar LARI plak tu. Tetiba je meninggal. Tak terkejut dibuatnya.. 

Adek: Amar meninggal.
Aku: Amar mane?
Adek: Amar rumah sebelah laa.
Aku: Kenapa.
Adek: Eksiden.
Aku: Subhanallah. Bila? Katne? Kena langgar dengan ape?
Adek: Baru jap nie. Kat Gombak. Kereta.
Aku: Tergamam...

Nak percaya ke tak? Persoalan tu la yang duk bermain dalam kepala ni sampai saat ni. Lepas dengar berita tu dalam hati masih kuat men-deny-kan. Mane taw salah info ke. Tapi lepas tengok arwah pagi ni terus rase oke berita tu betul. Aku tak mimpi.

Ibu call tadi kata jenazah kebumi dekat Batu Muda. Mungkin sekarang masih dalam proses pengebumian.

Kepada Family Amar: Takziah dari kami sekeluarga. Kuatkan semangat. Allah lebih sayangkan dia. Redha dengan setiap ketentuan-Nya. Mungkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang baru. Al-Fatihah....
Amar: Semoga rohmu tenang disana. Insyallah suatu hari nanti kite jumpa. Amin.





Al - Nameera Tour Management: PAKEJ UMRAH @ Wednesday, March 7, 2012
Al - Nameera Tour Management: PAKEJ UMRAH: TARIKH DAN JADUAL PENERBANGAN *Harga , tarikh jadual penerbangan, penginapan, bilangan tertakluk pada perubahan dari pihak be...


←newer post
older post→


Its me, Didi Zam

Name : Didi Zam.
DOB : 6th April 1991
Age : 21
Country: Malaysia

I am :
EXTROVERT + INTROVERT

Send me your love letter
Leaves your FOOTPRINTS here :

Most visited
MyAmethyst KakFillanie MakAndamFyna HotMommies MariaPeliks FatinLiyana IrineNadia KakakSecretary NurulSabahan OhFarah Pastelina Calaqisya SherilSheridan


May visit me in
TweetingFacebookingBlogging


Thanks to
Layout made and coded by chocolettha.
Icons are from thefadingnight.
Colors from colorpicker - lemon sorbet.
Background from ixora.tumblr.
CSS from JSFIDDLE.


Lemon Sorbet