It's Hurts @ Wednesday, October 26, 2011
▼
Kerna cintakan mu ku jadi begini
Kerna sayangkan mu ku telan semua
Betapa hebatnya kau di hati ini
Kenapa kau tak pernah fikirkan aku
Kenapa si dia jadi pilihanmu
Ku sedar siapa diriku di sisimu
Siapa diriku di sisimu
Pengorbananku bagai tak pernah dihargai
Ia bagai angin yang berlalu
Terusik tak hati korang bila baca lirik lagu nie? Mungkin tak kalau situasi mcm nie tak pernah terjadi kat korang tapi pada aku? Semalam aku tergerak hati nak karoke lagu nie, sepenuh hati aku deliver lagu nie tapi tak sangka lagu yg aku nyanyi dengan niat SUKASUKA rupanya jadi realiti bila hari ini terbongkar segalanya. Aku sayangkan kau, aku bagi semua, aku korbankan segala tapi kenapa kau sanggup khianat aku hah????? Ape salah aku? Ape dosa aku? Ape kurangnye aku? Ape lebihnye dia? Kau janji macam2, kau mintak aku janji bagai, tapi kenapa kau mungkir janji? Kau mungkir bahagia! Tuhan Maha Kuasa, Subhanallah. KAU tunjukkan aku siapa dia, KAU tunjukkan kekuatan aku depan dia. KAU lembutkan hati aku untuk dengar penjelasan dia. DAN KAU beri dia peluang dengan membuka pintu hati aku untuk memaafkan dia. Alhamdulillah Ya Tuhan. Semoga kekuatan ini terus menjadi pendampingku. Mulut kata benci TAPI d hati hanya Pencipta-NYA shj yg tahu. Dugaan datang tanpa diduga kan? Selesai muhasabah diri, bertahajud kepada Yang Esa, aku terima kesalahan kau. Aku terima buruk baik kau KERANA dalam hati masih cinta. Aku harap kau tunaikan janji kau. Aku nakkan bahagia aku. Bahagiakan aku sementara hati ini masih meminta dan terbuka sebelum ianya menjadi tandus dan kering. Aku tetap memaafkan kau KERANA semua cucu Adam tak lepas dari buat silap begitu jugak aku. Aku beri kau peluang kedua dan hargailah ia sementara ia masih "bernyawa". Aku cintakan kau. Berikan juga aku peluang untuk terus mencintaimu kerana tidak susah untuk siapa pun menyayangi kau.